Wednesday, January 28, 2009

Cinta Rabiatul Adawiyah..



Mampukah kita menjejaki langkah srikandi cinta ini...

Rabi’ah Al-Adawiyah,Adalah Seorang Ahli Su
fi Wanita Yang Cukup Zuhud Dalam Hidupnya.Suatu Hari Datanglah Tiga Orang Lelaki Yang Ingin Melamarnya Sebagai Isteri.Mereka Itu Hasan Bisri, Malik Bin Dinar,Dan Tsabit Al-Benany.

“Rabi’ah, Pilihlah Satu Di Antara Kami Sebagai Suami
mu, Kerana Kahwin Itu Adalah Sunnah Rasul,”Kata Mereka.



Rabi’ah Al-Adawiyah,Adalah Seorang Ahli Sufi Wanita Yang Cukup Zuhud Dalam Hidupnya.Sutu Hari Datanglah Tiga Orang Lelaki Yang Ingin Melamarnya Sebagai Isteri.Mereka Itu Hasan Bisri,Malik Bin Dinar,Dan Tsabit Al-Benany. “Rabi’ah,Pilihlah Satu Di Antara Kami Sebagai Suamimu,Kerana Kahwin Itu Adalah Sunnah Rasul,”Kata Mereka.

Tanpa Menjawab Ya Atau Tidak,Rabi’ah Hanya Menyatakan Beberapa Permasalahan Dirnya. “Siapa Yang Boleh Memecahkan Permasalahan Itu
Dialah Calon Suami Saya,”

Kepada Hasan,Rabi’ah Bertanya: “Apa Yang Anda Jawab Bila Ada Seseorang Berkata Bahawa Nanti Di Hari Perjanjian Saya Tidak Peduli Terhadap Orang-Orang Yang Masuk Neraka Dan Tiada Peduli Terhadap Orang-Orang Yang Masuk Syurga.Termasuk Kelompok Manakah Saya Nanti?”

Mendengar Pertanyaan Itu Hasan Hanya Boleh Menjawab: “Saya Tidak Tahu”

Rabi’ah Lalu Bertanya Lagi: “ Malaikat Telah Membentuk Aku Sewaktu Aku Di Dalam Kandungan. Apakah Aku Menjadi Orang Yang Berbahagia Atau Orang Yang Sengsara?”

“Saya Tidak Tahu,”Jawab Hasan Lagi.

Kembali Rabi’ah Mengajukan Pertanyaan Lagi Kepadayang Melamarnya Itu. “Bila Ada Orang Berkata Kepada Seseoran Agar Jangan Takut Dan Jangan Bersedih,Sementara Kepada Yang
Lain Ia Mengatakan Mereka Tidak Berhak Untuk Bergembira,Maka Termasuk Kelompok Manakah Aku Ini?”

Hasan Menjawab Lagi: “Tidak Tahu.”

Maka Rabi’ah Melanjutkan Pertanyaan Lagi: “Kuburan Boleh Menjadi Taman Syurga Dan Boleh Menjadi Liang Masuk Neraka. Bagaimana Kuburan Saya Nanti?”

Menjawablah Hasan Seperti Jawapan Sebelumnya: “Saya Tidak Tahu.”

Belum Puas Dengan Pertanyaan Yang Telah Diajukan,Rabi’ah Mengajukan Pertanyaan Lagi Kepada Hasan: “Pada Suatu Hari Ada Wajah-Wajah Yang Putih,Dan Ada Pula Wajah Yang Hitam.Bagaimana Wajah Saya Nanti?”

“Tidak Tahu,”Jawab Hasan Pula.

Kembali Rabi’ah Al-Adawiyah Mengajukan Pertanyaan
Walaupun Orang Yang Ditanyai Selalu Menjawab Dengan Perkataan “Saya Tidak Tahu.

”Bila Hari Qiamat Ada Orang Berseru Bahawa Ketahuilah Si Fulan Telah Mendapatkan Kebahagiaan Dan Si Fulan Bin Fulan Sangat Sengsara.Maka Termasuk Golongan Mana Aku Ini,” Tanya Rabi’ah.

“Saya Tidak Tahu.”Jawab Hasan Bisri Untuk Kesekian Kalinya.

Mendengar Serentetan Pertanyaan Rabi’ah Al-Adawiyah Yang Mengandungi Hikmat Itu, Menangislah Ketiga-Tiga Lelaki Yang Cuba Melamarnya Itu Lalu Meninggalkannya



* Andainya perkahwinan itu menyebabkan diriku lupa pada ALLAH,aku redha andainya aku tidak menemui cinta manusia. Ya ALLAH,permudahkan segalanya...



Afwan Jiddan..

Assalamualaikum..

Sudah sekian lama ana tak meng'update' blog ni.bukannya apa,sibuk dengan tugasan tahun akhir serta menyelesaikan masalah ummah di kampus..

Kali ni pun,ana tak sure nak tulis apa untuk tatapan sahabat2..cuma,ana nak berkongsi dengan sahabat2 tentang satu artikel yang ana dapat dr i luv islam.com

IJAZAH dan RISALAH Bukan Jongkang Jongket

Sahabat, jomlah pergi usrah
Sahabat, jomlah berdakwah
Sahabat, ummah semakin koyak
Sahabat, jomlah kita bangkit mengubah segalanya

Aku tidak mahu!!
Aku kena study!!
Markah semester lepas dah cukup teruk gara-gara dakwah, tarbiah dan program!!
Aku menyesal megikuti semua itu!!

Bosan!!
Dakwah bukan je plainly cerita rububiyah ketuhanan,
tapi banyak lagi skopnya
Bukan ke Islam tu syumul
Kalau nak berjaya, kena study
Waktu study, studylah
Esok kalau dah berjaya, aku buatlah kerja dakwah tu
Kalau aku buat kerja dakwah, aku gagal dalam pelajaranku
Kan nanti aku menutup mata orang lain terhadap Islam!!

Lia, dakwah dan pelajaran bukan macam jongkang jongket

Jongkang jongket? Apa kau merepek ni?

Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam jongkang jongket
Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah!
Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah!
Tu bukan dakwah namanya
Dan tu bukan belajar namanya

Habis tu?

Hmm, dakwah dan pelajaran kena berkadar terus
Tak boleh inversely proportional

Apa maksud kau?

Orang yang melakukan kerja dakwah dengan ikhlas akan
menemukan Allah dalam pelajarannya

Aku tidak faham

Tak pe, aku terangkan
Macam gini, bila dah berdakwah tu
Rasa senang je nak study
Bila belajar tentang mitokondria misalnya
Boleh bayangkan betapa hebatnya Allah ciptakan mitokondria
Bila belajar tentang algebra, terasa kerdilnya diri
Bila belajar tentang Hukum Boyle, terasa akrab dengan Pencipta
Kenapa?

Sebab diri tahu bahawa hukum-hukum tersebut adalah hukum Allah
Ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah
Rasa senang hati nak terima ilmu
Kalau orang lain study 1 jam, dia hanya perlu study 10 minit sahaja!!
Sebab apa?
Sebab ada keberkatan masa dalam studynya itu!!

Aku tak pernah rasa semua itu,
Jadi, selama ni kau nak cakap yang aku ikut program tarbiah dan dakwah tu
tak ikhlas?

Tak, itu bukan maksud aku!!
Cuma kena checklah sikit hati tu,
Waktu buat kerja dakwah tu, ada tak berlaku tarik tali dengan Allah


Apa maksud kau tarik tali dengan Allah?

Ok, aku berikan contoh
Misalnya waktu buat kerja dakwah tu,
Terdetik tak kat hati , banyak lagi yang tidak habis belajar,
Terdetik tak kat hati, assignment banyak lagi,
Itulah maksudnya tarik tali dengan Allah
Ada keraguan dalam hati seolah-olah tidak yakin dengan janji Allah

Siapa yang menolong agama Allah,
nescaya Allah akan menolongnya!!

Kita melakukan jual beli dengan Allah, tapi kita tidak bayar lagi
Kita berdoa, tapi tak ada kesungguhan dalam doa kita
Kita berdakwah, tapi hati kita tiada dengan Allah

aku dah faham
Aku kena banyak muhasabah
Aku dah study dari tadi, tapi tak masuk-masuk
Aku tahu itu maksudnya peringatan dari Allah
Aku tahu hukum berdakwah, tapi tidak mengerjakan kerja tersebut

Sahabatku,
Seorang ibu pernah mengatakan
Aku ingin dakwah terlihat dalam setiap perbuatanku
Setiap kali aku bergaul dengan jiranku,
aku ingin mereka merasakan kemanisan iman dan Islam
Setiap kali jiranku melihat kebahagian rumahtanggaku,
aku ingin mereka merasakan keindahan Islam
Sahabat, itulah yang ingin ku bentuk dalam diriku
Aku ingin setiap perbuatanku menjadi manifestasi dakwah itu sendiri
Pelajaranku, hubunganku dengan keluarga dan sahabat,
segalanya adalah dakwah!!
Moga kita bersama dalam usaha merealisasikannya


Sahabat, aku ingin berkongsi satu kisah,
mengenai kisah Assyahid Imam Hassan Al Banna

Sahabat, kau pastinya arif mengenai Assyahid Imam Hassan Al Banna
Dakwahnya menyinari hati umat manusia di saat itu
Dia berdakwah sehingga ke
kawasan perkampungan di gunung-gunung
yang tinggi.

Semua manusia mengenalinya!
Tanyakan sahaja di jalanan di saat itu, kenalkah kamu
dengan Assyahid Imam Hassan Al Banna,
pasti semua mengenalinya kerana kerja
kerasnya di dalam perjuangan dakwah

Sahabat, aku akui sememangnya untuk berjaya dalam pelajaran,
kita kena berusaha.
Itu Sunnatullah. Tapi,
kemenangan Islam takkan tertegak dengan kata-kata, dengan mimpi sahaja.
Untuk memastikan kejayaan dakwah, kita juga kena berusaha.
Itu juga adalah Sunnatullah.
Kemenangan Islam memerlukan
pengorbanan dari pengikutnya.

Sahabat, aku kongsikan pembacaanku dalam
buku Detik-detik Hidupku karangan Assyahid Imam Hassan Al Banna:

Allah, dengan sifat ArRahaman dan ArRahimNya,
memberi ketenangan dan
kepuasan kepada hambaNya yang beriman,
apabila Dia mahukan segala sesuatu urusan
Dia akan mempermudahkan hambaNya itu untuk
mencapainya.



Pada malam sebelum ujian nahu, saya telah bermimpi.
Di dalam mimpi tersebut, saya sedang berada dalam sebuah perahu
bersama-sama ulama yang terkenal.
Perahu itu sedang berlayar di Sungai Nil.
Salah seorang ulama itu menghampiri saya.
Dia memakai pakaian orang-orang di pedalaman Mesir.
Dia menyoal saya,
Di mana syarah (huraian) Ibnu Aqeel mengenai al-Afiyah?
Saya menjawab, Ini dia!
Katanya, Mari kita ulangkaji sebahagian darinya.
Buka ke muka surat sekian-sekian .

Saya pun membuka ke muka surat-muka surat yang disebutkannya dan mula mengulangkaji. Kemudian saya terkejut jaga!!
Saya sangat gembira.
Pagi esoknya saya menduduki ujian.
Saya dapati kebanyakan soalan datang dari muka surat-muka surat yang saya baca
di dalam mimpi tersebut.
Ini semua adalah rahmat Allah.
Allah telah memberi rahmat istimewa kepada saya.
Mimpi yang benar adalah sumber maklumat kepada seorang Mukmin.
Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam!!

Pasti kamu ingat lagi Assyahid Sheikh Ahmad Yassin.
Dia cacat. Duduk di atas kerusi roda.
Tapi apa yang telah dia lakukan?
HAMMAS berdiri dengan izzah!! Musuh menggeruninya!!

Sahabat, kita sempurna.
Ayuh lakukan sesuatu untuk Islam!!
Ayuh berada dalam saf perjuangan!