Sunday, March 22, 2009

Kuatkan hati...

Ya ALLAH, kupohon cintaMU
Cinta org yang mencintaiMU
Cinta kepada orang yang cintanya berguna
bagiku di sisiMU
Dan mencintai amal yang boleh menghantarkanku
untuk mencintaiMU

Ya ALLAh,jadikanlah cintaMu lebih kucintai
daripada diriku
Jadikanlah setiap anugerahMu yang kucintai
sebagai kekuatan untuk mencintai
apa yang kau cintai

Ku pohon rahmat dan kasih sayangMU
Ampunilah segala dosaku
kurniakanlah taifiq dan hidayahMu
agar aku termasuk dalam org yg dekat dgnMU..

Wednesday, March 11, 2009

Jangan Bersedih (La Tahzan) - Dr Aidh Al-Qarni




Selalulah mengingati akan rahmat dan ampunan Allah, bertawakkal dan berbaik sangka kepadaNya, mengimani qadha' dan qadarNya, menjalani hidup sesuai dengan adanya, melepaskan kegundahan tentang masa depan dan mengingati akan nikmat Allah.

1. Hikmah adalah barang yang hilang dari kaum muslimin.
2. Ingatlah akan setiap nikmat Allah.
3. Sebenarnya anda berada dalam kenikmatan tiada tara dan kesempurnaan tubuh. Anda masih mempunyai nasi hangat untuk disantap, air segar untuk diteguk, waktu yang tenang untuk tidur dan kesihatan untuk terus beramal.
4. Janganlah lupa mensyukuri yang sudah ada. Anda masih memegang kunci kebahagiaan, kurnia dan kenikmatan.
5. Selamatkanlah diri anda dari bayangan masa lampau!!
6. Anggaplah masa hidup anda hanya hari ini sahaja. Berpeganglah pada prinsip : Aku hanya akan hidup hari ini. Nescaya ia akan menyibukkan diri anda untuk selalu memperbaiki keadaan, mengembangkan semua potensi dan mensucikan setiap amalan.
7. Sempurnakanlah solat anda, berpegang teguhlah pada Al-Quran, mengkaji dan mencatat segala yang bermanfaat.
8. Tanamlah di dalam hatimu semua nilai keutamaan dan cabutlah segala pohon-pohon kejahatan.
9. Hiduplah hanya untuk hari ini dengan berbuat baik kepada orang lain dan menunjukkan akhlaq yang baik.
10. Sucikanlah niat anda dan berbuatlah kebaikan hanya demi Allah semata.
11. Orang yang pertama kali akan dapat merasakan manfaat dari kebajikan, keramahan dan kebaikan adalah mereka yang melakukannya.

12. Berbuat baiklah terhadap sesama manusia, mescaya anda akan mendapat ketenteraman dan kedamaian hati!.
13. Sibukkanlah diri anda dengan memberi, mengunjungi, membantu, menolong dan meringankan beban sesama!.
14. Bangkitlah sekarang juga. Kerjakan solat, baca buku, bertasbih, mengkaji, menulis, merapikan tempat kerja,merapikan kamar, dan berbuatlah sesuatu yang bermanfaat bagi orang lain.
15. Tetaplah berpijak dan berjalan pada kondisi dan karakter anda sendiri!
16. Berbaik sangkalah kepadaNya. Curahkan seluruh waktu anda untukNya dan beribadahlah kepadaNya dengan tekun agar anda mendapatkan kebahagiaan dan kemenangan.
17. Orang yang paling sengsara adalah mereka yang miskin iman dan mengalami krisis keyakinan.
18. Tidak ada yang dapat membahagiakan jiwa, membersihkannya, membuatnya bahagia mengusir kegundahan darinya selain dari keimanan yang benar kepada Allah. Kehidupan anda akan terasa hambar tanpa iman.
19. Kehidupan yang baik (hayatan thayyibah) adalah kehidupan ada ketenangan jiwa padanya.
20. Di mana pun kelembutan itu berada, ia akan menghias tempat itu. Kelembutan tutur kata, senyuman tulus di bibir dan sapaan-sapaan yang hangat yang terpuji saat bersua merupakan hiasan-hiasan yang selalu dikenakan oleh orang-orang mulia.

* InsyaALLAH,ada sambungannya nanti..teruskan bermujahadah. La Tahzan, ALLAH bersamamu...

KIRIMAN SEORANG SAHABAT...



TINTA BUAT HAWA..


HAWA..
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,
Andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
Andai engkau seorang ibu, didiklah anakmu sehingga tidak gentar memperjuangkan Ad-Deen ALLAH..

HAWA...
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau jodohmu,
Ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yg baik untuk lelaki yang baik.
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki bukan muhrim, kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati,
maka lahirnya senyuman dan tercetusnya salam serta sekaligus disusuli dengan pertemuan

HAWA..
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,
Lelaki yg warak tidak menilai wanita melalui keayuannya,kemanjaannya,serta kemampuan menggoncang iman lelaki.
Tetapi, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,peribadinya dan pegangan agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya.
Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan perempuan yakni sebuah perkahwinan..

Oleh itu HAWA..
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkanlah pendirianmu.
Andai ditakdirkan tiada cinta dari ADAM untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH memenuhi kekosongan jiwamu

HAWA..
Cintailah ALLAH di kala susah dan senang kerana engkau akan memperoleh cinta daripada insan yang juga menyintai ALLAH..


*Daripada seorang sahabat.Moga menjadi muhasabah buat kita.Wallahu'alam..

Wednesday, March 4, 2009

Bangkitlah...TAKBIR


I made this widget at MyFlashFetish.com.

MUHASABAH CINTA...>>>




Di keheningan malam waktu ini,ana berusaha sedaya upaya untuk muhasabah diri,mengingatkan kesibukan attachment di hospital sehari-hari yang menyebabkan kadang2 terlupa masalah umat di persekitaran.MasyaALLAH,berat sungguh ujian untuk mencari ketenangan di kala kesibukan..

Di kesempatan ini,ana hanya ingin berkongsi lirik lagu yang benar-benar menginsafkan diri ttg kasih sayang ALLAH pada diri kita. Walau sesibuk manapun kita hinggakan kadang2 semakin jauh dgn ALLAH,tp ALLAH tetap menyayangi kita dengan menghadirkan pelbagai ujian supaya kita kembali kepadaNYA...




MUHASABAH CINTA (ED COUSTIC)

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMU
Ku pasrahkan semua pada MU

Tuhan, baru kusedar
indah nikmat sehari itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMU

*Kata-kata cinta terucap indah
mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yg kurasa biar jadi penawar dosaku

*Butir2 cinta air mataku
Teringat semua yg Kau beri untukku
Ampunilah salah selama ini
Ya ILLAHI
Muhasabah cintaku...

Tuhan, kuatkan aku
Lindungi ku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dgnMU

* ulang