Friday, April 22, 2011

Teruskan menjadi...bukan hanya mencari

Bismillah..sudah sekian lama diri ini tidak mencoret dlm blog mujahidahsufi site..dan ketika ini,segala tarbiyyah yg dihadapi hampir 2thn lamanya,sudah dpt ditempuhi dgn hati yg ikhlas..alhamdulillah..
bersyukur rasanya kerana hati ini sudah pulih sepenuhnya dr segala luka..hikmah y pelbagai, rasanya tidak terucap dgn kata-kata..
meneruskan hari2 dgn kerja yg semakin disukai,kerana keinginan utk berbakti kepada pesakit itu semakin meningkat dari hari ke hari..menolak tepi sgl kepentingan diri demi mencari redha ALLAH..
teruskan menjadi,bukan sekadar mencari..sdp ditulis n didengar,tp hakikatnya sgt sukar utk dilaksanakan..perjuangan perlu diteruskan walau dgn air mata darah n penat lelah...sudah terlalu penat rasanya memikirkan hal dunia,biarlah segalanya ditentukan oleh ALLAH jua..tawakal n redha..kerana apa yg tlh ditetapkan di lauh mahfuz,perlu diterima walau dgn mcm mana sekalipun..
biar ALLAH tentukan,tepat pd masa n ketika,ianya akan hadir jua..semoga air mata sia2 tidak mengalir lagi..ameen...

Sunday, May 16, 2010

Hidup ini penuh dgn pilihan..

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah, Seandainya telah engkau catatkan Dia milikku, tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku. Titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi. Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi, Seiringkanlah kami melayari hidup ini, Ke tepian yang sejahtera dan abadi. Maka jodohkanlah kami. Tetapi ya Allah, Seandainya telah engkau takdirkan...Dia bukan milikku bawalah dia jauh dari pandangan ku. Luputkanlah dia dari ingatanku dan peliharalah aku dari kekecewaan. Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti, Berikanlah aku kekuatan menolak bayangannya jauh ke dada langit dan hilang bersama senja yang merah agarku sentiasa tenang walaupun tanpa bersama dengannya. Ya Allah yang tercinta, pasrahkanlah aku dengan takdirMu. Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hamba-Mu ini. Ya Allah… Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat. Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini. Janganlah engkau biarkan aku bersendirian di dunia ini mahupun di akhirat, menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah. Ya Allah, berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka. Amin. Ya rabbal ‘aalamiin".



-cintailah ALLAH,mudah2an ALLAH menghadirkan cinta dr insan yg amat mencintai ALLAH juga..ameen..-

Friday, April 30, 2010

Adab Bersolek menurut Islam..

Assalamualaikum wbt..posting kali ni ana dpt dr satu laman web islamik.tp,dh terlupa alamatnya..mudah2an ALLAH merahmati usaha kita.ameen..

Adab ini adalah amalan yang diamalkan oleh Nabi Yusuf A.S. yang telah diangkatkan darjat dari hamba menjadi seorang pembesar. Barangsiapa yang mengamalkannya setiap hari dan sebati dalam hidupnya, maka mereka akan sentiasa dipandang manis, berseri dan dikasihi pada setiap mata yang memandangnya. Ia juga merupakan rahsia awet muda dan Insya Allah apa yang dihajati akan tercapai.

Amalan:
Apabila menghadap cermin bacalah:
1.Selawat 3 X

2.Bismillahirahmanirahim segala puji bagi Allah yang memperbaiki tingkah laku, maka perhaluskan budi pekertiku.




Sentuh muka dengan jari dimulakan dengan
1. Mulut
2. Hidung
3. Mata
4. Dahi

Mulalah bersolek. Setelah selesai

Baca Bismillahirahmanirahim

Doa nabi Yusof (surah Al Baqarah ayat 165) 10X
Sambil niat apa yang terjadi sambil merenung ke

1. Mulut
2. Hidung
3. Mata
4. Dagu

Sunday, April 25, 2010

Penggunaan Inhaler semasa berpuasa..

Alhamdulillah,diberi kesempatan utk mengupdate blog,walaupun sebenarnya terlalu banyak kerja utk disudahkan. mengenangkan bekerja di hospital,dan pastinya sangat dkt dgn pesakit2,membuatkan hati ini ingin berkongsi sedikit ttg point kaunseling yg perlu ditambah apabila menjalankan kaunseling kpd pesakit.mungkin ada pesakit yg akan bertanya ttg penggunaan inhaler semasa bulan puasa (atau patient nak berpuasa sunat).
harap2,dapat membantu diri n shbt2 pegawai farmasi yg lain utk berdakwah..insyaALLAH.


Menggunakan inhaler bagi yang berpuasa hukumnya boleh, sama ada ianya puasa Ramadhan ataupun yang lainnya. Kerana inhaler itu tidak sampai ke perut tapi hanya berfungsi melegakan saluran pernafasan dan penggunaannya pun hanya dengan bernafas seperti biasa. Jadi hal ini tidak seperti makan dan minum.

Sebagaimana diketahui, bahawa hukum asal puasanya adalah sah sampai ada dalil yang menunjukkan rosaknya puasa, baik dari Al-Kitab, As-Sunnah, Ijma’ ataupun Qiyas yang Sahih.

[Fadha’il Ramadhan, disusun oleh Abdurrazaq Hasan, Soalan no. 1]

[Disalin dari bukuAl-Fatawa Asy-Syar’iyyah Fi Al-Masa’il Al-Ashriyyah Min Fatawa Ulama Al-Balad Al-Haram, edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Terkini, Penerbit Darul Haq]

Sumber :Disunting dan dialihbahasa dari http://www.almanhaj.or.id/

Thursday, April 22, 2010

Manisnya taubat...

Masih belum mempunyai idea..so,sekadar berkongsi dr artikel yg termuat dlm i luv islam..jom muhasabah!!!

Ini adalah kisah tentang seseorang yang kehilangan untanya di padang pasir.seseorang yang berkenderaan di tengah-tengah padang pasir, kemudian haiwan yang ditungganginya itu lari meninggalkannya, sedangkan di atas haiwan itu terdapat bekalan makanan dan minumannnya.

Dia berputus asa untuk menemui haiwan dan bekalannya. Lalu dia duduk berteduh di bawah sebatang pohon dan berbaring, kerana dia benar-benar berputus asa untuk menemui haiwan tunggangannya itu. Kemudian dia tertidur.Sejurus dia bangun dari tidurnya, dia mencari lagi untanya itu dengan berjalan kaki namun dia tidak menjumpainya. dia berjalan lagi, namun gagal menjumpainya. Dia mencarinya untuk kali ketiga, namun usahanya itu masih gagal.

Apabila dia kembali ke tempat tidurnya sebelum itu, tatkala dia duduk termenung, tanpa diduganya, tiba-tiba unta tunggangannya yang hilang itu muncul kembali, lengkap dengan bekalan yang dibawanya. Kemudian, dia segera memegang tali tambatannya. Bayangkan kalau kita berada di tengah padang pasir yang luas dan panas yang terik, hampir berputus asa untuk mencari unta yang hilang, tetapi tiba-tiba unta itu muncul kembali di hadapan kita. Mana mungkin kita tidak gembira, gembira yang bukan kepalang..namun sahabatku, sesungguhnya, Allah s.w.t itu lebih jauh lagi gembiranya dengan taubat seorang hamba berbanding dengan musafir yang menemui untanya di padang pasir itu tadi.

Wahai sahabatku sekalian, ayuh, bersangka baiklah dengan Allah. Sebagaimana kita gembira bertemu dengan kekasih hati, malah Allah lebih gembira daripada itu.

Sebagaimana kita menyayangi kekasih hati sepenuh jiwa, namun sayangnya Allah lebih daripada itu, betapa luasnya nikmat pemberian Allah, tapi sayang hanya kita sahaja yang tidak tahu untuk menghargai pemberiannnya.

Banggalah menjadi hamba Allah, tanamkanlah rasa cinta pada Allah dalam diri kita, kerana cinta Allah pada hambaNya sangat tidak ternilai.

Demi cinta Allah pada hambaNya, Allah telah berfirman,

" dan Dialah Tuhan yang menerima taubat daripada hamba-hambaNya yang bertaubat, serta memaafkan kejahatan-kejahatan yang telah mereka lakukan dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan", surah an-nisa (4:16).

Sungguh, Allah telah membukakan pintu rahmatNya di siang hari untuk menerima taubat hamba-hambaNya di waktu siang, dan membukakan pintu rahmat pada malam hari hari, untuk menerima taubat hamba-hambaNya pada malam hari.

Tapi, melihat keadaan kita pada hari ini, yang masih lagi dengan ego dan sombong yang menebal pada diri..cita-cita tinggi dijulang, mengimpi syurga Allah, namun tanpa sedar, amalan- amalan yang kita lakukan itu semakin membuatkan kita jauh dari syurgaNya, jauh dari rahmatNya..

Amatlah rugi bagi mereka yang telah diberi peringatan, tapi masih bermegah-megah dengan diri sendri, tanpa sedar apa yang kita miliki ini semuanya adalah milik Allah. Alangkah sedihnya Allah, seakan tiada siapa lagi yang memerlukanNya, seakan tiada siapa yang mahukan taubatnya diterima, seakan tiada siapa yang mahu dosanya diampunkan, dan..seakan tiada siapa yang berlumba-lumba untuk meraih cintaNya Yang Maha Pengasih, lagi Pemurah itu..

Bismillah..

Segala puji bagi ALLAH,yg masih memberiku ruang kehidupan utk menambahkan amal ibadat kepadaNya,insyaALLAH...

Sudah lama tidak mencoretkan apa2 dalam blog kesayangan ini, disebabkan kesibukan bekerja yg masih belum diuruskan dgn baik..ttp disebabkan suntikan semangat dr shbt, membuatkan hati ingin sekali meng'update'kan blog. sebenarnya,masih mencari2 apa yg ingin dimuatkan pd tahun ini. demi dakwah n perjuangan, demi utk menambahkan iman yg tinggal nyawa2 ikan ini, insyaALLAH...blog ini akan menjadi wasilah terbaik utk meneruskan pentarbiyahan..

semoga ALLAH memberkati usahaku, utk membersihkan semula dosa2 n memadamkan luka2 lama.mana mungkin aku tidak redha dgn segala ketentuanNya, andainya itu harga yg perlu dibayar utk mendapatkan mardhatillah..ameen..

Sunday, March 22, 2009

Kuatkan hati...

Ya ALLAH, kupohon cintaMU
Cinta org yang mencintaiMU
Cinta kepada orang yang cintanya berguna
bagiku di sisiMU
Dan mencintai amal yang boleh menghantarkanku
untuk mencintaiMU

Ya ALLAh,jadikanlah cintaMu lebih kucintai
daripada diriku
Jadikanlah setiap anugerahMu yang kucintai
sebagai kekuatan untuk mencintai
apa yang kau cintai

Ku pohon rahmat dan kasih sayangMU
Ampunilah segala dosaku
kurniakanlah taifiq dan hidayahMu
agar aku termasuk dalam org yg dekat dgnMU..